Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» cara nak hilangkan tekanan hdp.
15th July 2010, 8:22 pm by king's

» ni untuk kelana jak ka?????
23rd March 2010, 12:23 pm by king's

» ALAM SEKITAR
23rd March 2010, 12:22 pm by king's

» lagu pengakap yang termashur...
14th February 2010, 8:49 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» SOAL JAWAB BERSAMA PEN & PESURUHJAYA DAERAH
8th August 2009, 11:58 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» Isu Pendaftaran Ahli
22nd April 2009, 5:19 pm by king's

» dlm dillema...
24th February 2009, 11:15 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» BEST KA CHAMPING??
17th February 2009, 12:02 pm by NOOR FADIZLA HAMZAH

» 7th APR Photo Contest : "Scouts Reaching Out"
16th December 2008, 10:37 am by king's

Affiliates
free forum
 



Terapi solat

View previous topic View next topic Go down

Terapi solat

Post  king's on 5th November 2008, 8:51 am

Terapi solat


Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my













KAJIAN
saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan
kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan
tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak
dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat
seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan
tahiyat akhir.






Adakah
gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap
hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada
penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.





Ng Siew
Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.



Lebih
membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang
bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti
Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah
Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan
melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan
nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi
sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah
jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan
mental manusia ketika melakukan solat.






SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap
fizikal dan mental manusia.





“Kajian
dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew
Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika
solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif
apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan
Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini
mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di
negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak
menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian
khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan.
Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti
meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat
barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di
Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati
bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan
mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata
antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang
biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat.
Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa
kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai
ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian
dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat
pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian
awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk
merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit
itu.

king's
Bapa FORUM
Bapa FORUM

Number of posts : 325
Age : 34
Location : lahad datu,sabah
Registration date : 2008-03-18

View user profile http://shar82.page.tl/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum