Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» cara nak hilangkan tekanan hdp.
15th July 2010, 8:22 pm by king's

» ni untuk kelana jak ka?????
23rd March 2010, 12:23 pm by king's

» ALAM SEKITAR
23rd March 2010, 12:22 pm by king's

» lagu pengakap yang termashur...
14th February 2010, 8:49 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» SOAL JAWAB BERSAMA PEN & PESURUHJAYA DAERAH
8th August 2009, 11:58 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» Isu Pendaftaran Ahli
22nd April 2009, 5:19 pm by king's

» dlm dillema...
24th February 2009, 11:15 am by NOOR FADIZLA HAMZAH

» BEST KA CHAMPING??
17th February 2009, 12:02 pm by NOOR FADIZLA HAMZAH

» 7th APR Photo Contest : "Scouts Reaching Out"
16th December 2008, 10:37 am by king's

Affiliates
free forum
 



Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

View previous topic View next topic Go down

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Post  king's on 5th November 2008, 8:52 am

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal


Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my





Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama
buku mengenai rahsia solat dari segi sains.





HASIL kajian
Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan
solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan
secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot






Beliau yang
mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan
dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti
berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana
solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan
yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.





Dr Fatimah
meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.



Malah,
katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan
dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot
yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang
menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur
menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG
(Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada
aktiviti elektrik.



“Gelombang
otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal
dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,”
katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya
apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan
menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud
sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu
bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan
seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara
dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk
lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti
harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu
aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi
kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan
tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di
Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti
Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik
adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami
maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan
melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai
komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah
mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke
bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir
seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat,
orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif
kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan
bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini
terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari
berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat
seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta
paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit
pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti
berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik
dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk
melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama
sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.
Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk
wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti
terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih
dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur
dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada
bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi
selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan
dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga
kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit
jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian
saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah
ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling
rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh
ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat
sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh
memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman.
Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit
setiap hari.

king's
Bapa FORUM
Bapa FORUM

Number of posts : 325
Age : 34
Location : lahad datu,sabah
Registration date : 2008-03-18

View user profile http://shar82.page.tl/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum